BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 25, 2010

Diantara Ciri-Ciri Isteri Solehah.

Diantara ciri-ciri seorang Isteri Solehah ialah;

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.



wallahua'lam

*Note: Sumber rujukan dari Ustaz Azhar Idrus.

Sunday, February 14, 2010

10 Perkara Batal Islam.

Akibat daripada orang Islam tidak memahami aqidah Islam yang sebenar, kadangkala mereka melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan Islam mereka, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak faham ataupun tidak tahu.

Maka kita dapati dalam masyarakat kita, sekalipun ramai orang yang mengetahui apa itu perkara yang membatalkan wudhu', apa itu perkara yang membatalkan solat(sembahyang), yang membatalkan haji, yang membatalkan puasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang telah mereka ucapkan, ataupun membatalkan Islam itu sendiri.

Jika dilihat dari segi aturan- haji, zakat, puasa, solat, semuanya itu berada selepas daripada ucapan syahadah. Bagaimana seorang muslim memahami perkara-perkara yang membatalkan solatnya, membatalkan zakatnya, atau membatalkan puasanya atau hajinya, tetapi dalam masa yang sama dia tidak mempelajari apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadahnya, yang sekaligus boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan Islamnya.

Inilah penjajahan pemikiran yang diterima oleh kita. Di masjid dan surau, guru-guru lebih menumpukan kepada soal fiqah, soal-soal batalnya solat, soal-soal batalnya puasa, sehingga kadangkala mereka terlupa untuk mengajar murid-murid mereka ataupun orang ramai apakah perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang.

Dan kesan batalnya Islam itu lebih besar daripada batalnya sembahyang ataupun batalnya puasa, kerana batalnya sembahyang dan puasa boleh diganti, tetapi batalnya Islam menyebabkan seseorang itu murtad dan terkeluar daripada Islam.

Ramai para pemikir Islam memikirkan hal ini, sehingga maulana Abdul Hasan'Ali An-Nadwi menulis sebuah buku atau risalah, yang mengingatkan orang Islam, sehingga beliau menamakan risalah itu sebagai Riddah la Aba Bakrin laha("Murtad yang tidak ada Abu Bakar menghadapinya").

Pada zaman dahulu, apabila berlakunya murtad, Allah S.W.T telah membangkitkan Abu Bakar as-Siddiq, yang merupakan khalifah Rasulullah S.A.W, yang bertanggungjawab menghadapi golongan murtad. Pada zaman ini ramai orang Islam yang murtad, dan tidak ada siapa pun yang peduli. Bahkan murtad itu dilakukan secara terang-terangan.

Apabila kita menyedari hal ini, maka semua para ulama dan semua kita yang sedar hendaklah berusaha memahami aqidah Islam. Saya begitu tertarik dengan apa yang dilakukan oleh bekas mufti Arab Saudi, iaitu Sheikh Abd Aziz Abdillah bin Baz(rahimullah) yang sudahpun meninggal.

Apabila mereka mengeluarkan risalah untuk jemaah haji dan umrah yang datang untuk menunaikan haji dan umrah, yang dinamakan sebagai Dalilul hajji wal-mu'tamir("panduan Haji dan Umrah"), beliau memasukkan di dalamnya terlebih dahulu perkara-perkara yang membatalkan Islam, kerana menyedari bahawasanya seseorang apabila menunaikan haji, sedangkan Islamnya batal, hajinya tidak memberi manfaat kepadanya. Kerana syarat kepada kesahihan amal, ataupun syarat diterimanya sesuatu amal soleh, yang pertama hendaklah betul aqidahnya: kedua, ikhlas kepada Allah S.W.T: dan ketiga, menepati apa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Saya akan menyebut sepintas lalu perkara-perkara yang menjadi penyebab utama di zaman ini, yang disenaraikan di dalam risalah tersebut, yang menebabkan seseorang batal Islamnya, yang dinamakan sebagai nawaqidul Islam )perkara-perkara yang membatalkan Islam).


1. Syirik;
2. Perantara;
3. Enggan mengkafirkan;
4. Yakin yang lain;
5. Membenci Syari'at;
6. Mempersenda Islam;
7. Sihir;
8. Bantu kafir musuhi Islam;
9. Kecualikan dari Syari'at;
10. Berpaling dari agama.


*Note: Sumber rujukan dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 10 Perkara Batal Islam & Apa Itu Syirik, 2007, Wholesale-Mart Business Point S/B, Kuala Lumpur; ms.20-23)

Sunday, February 7, 2010

Jangan Berkata 'KALAULAH'





Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, berkata Rasulullah SAW bersabda:

Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikannya. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah SWT dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah SWT, dan Allah SWT berbuat sekehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan "Kalaulah" hanya akan membuka jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.


*Note: Sumber rujukan dari Imam Nawawi, RiyadhusnSolihin (Terj), Jilid 1, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, ms147.


Sejarah Solat 5 Waktu.

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan Allah SWT untuk membinmbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad SAW dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SUBUH:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

RAKAAT PERTAMA: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
RAKAAT KEDUA: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

RAKAAT PERTAMA: Tanda bersyukur bagi penebusan.
RAKAAT KEDUA: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
RAKAAT KETIGA: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
RAKAAT KEEMPAT: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai, sedan ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

RAKAAT PERTAMA: Kelam dengan kesalahan.
RAKAAT KEDUA: Kelam dengan air laut.
RAKAAT KETIGA: Kelam dengan malam.
RAKAAT KEEMPAT: Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa a.s., lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

RAKAAT PERTAMA: Untuk menafika ketuhanan selain daripada Allah SWT yang Maha Esa.
RAKAAT KEDUA: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
RAKAAT KETIGA: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


ISYAK:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa a.s. telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s. empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

RAKAAT PERTAMA: Tanda dukacita terhadap isterinya.
RAKAAT KEDUA: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
RAKAAT KETIGA: Tanda dukacita terhadap Firaun.
RAKAAT KEEMPAT: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Maka dengan ini, ingatlah setiap rakaat solat dengan peristiwa ini untuk mendapatkan lagi khusyuknya solat kita.

Wallahu'alam.


*Note: Sumber rujukan dari Diari Islam 1431-1432 H 2010.

Saturday, February 6, 2010

KISAH GOLONGAN MASUK SYURGA TANPA DIHISAB

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
“Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan
manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka
ialah"
;

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan
sebarang perkara yang membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya
di jalan Allah tanpa riya.

Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki
syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi
mereka.

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, “Apakah yang telah
kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke
syurga?”


Berkata orang yang mati syahid, “Aku telah terbunuh dalam peperangan
kerana mencari keredhaan Allah.”

Berkata Jibrail A.S., “Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala
orang yang mati syahid?


Orang yang mati syahid menjawab,”Aku mendengar daripada alim ulama.”

Berkata Jibrail A.S. lagi, “Jagalah kesopanan, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”

Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, “Apakah
yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk
ke syurga?”


Berkata yang berhaji,”Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana
Allah.”

Berkata Jibrail A.S., “Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala
haji?”


Berkata yang berhaji, “Aku mendengar dari alim ulama.”

Berkata Jibrail A.S. lagi, “Jagalah kesopananmu, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”

Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, “Apakah yang kamu lakukan
sewaktu kamu di dunia dulu?”


Menjawab si penderma, “Aku telah banyak menderma semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.”

Jibrail A.S. berkata lagi, “Siapakah yang memberitahumu tentang
pahala orang yang menderma kerana Allah?”

Berkata si perderma, “Aku mendengarnya dari para alim ulama.”

Maka Jibrail A.S. pun berkata, “Jagalah kesopananmu, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”

Kemudian orang alim berkata, “Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku
menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan
kebaikan orang yang dermawan itu.”

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Telah benar kata si
alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu.
Kemudian barulah orang-orang lain masuk.”


Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, “Keutamaan orang alim di atas
ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling
rendah di antara kamu.”


Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, “Aku Maha Berilmu dan Aku suka
kepada orang yang berilmu.”

Al Hassan r.a. berkata, “Tinta para ulama itu ditimbang pada hari
kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama
akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada.”

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jadilah engkau orang alim (yang
mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar
(pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan
rosaklah engkau.”


Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., “Amal apakah yang paling
utama?”

Rasulullah S.A.W. menjawab, “Berilmu tentang Allah.”

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari
lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu":

1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.

Empat perkara bagi penghuni neraka:

1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).


Sabda Rasulullah S.A.W., “Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan
empat perkara":


1. Dengan berilmunya para ulama.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir.”

7 golongan yang diberi naungan dari Allah S.W.T

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"ada tujuh golongan manusia yang akan di beri naungan oleh Allah pada hari kiamat"

Pertama: Imam (pemimpin) yang adil.

Kedua: Pemuda yang tetap istiqarah beribadat kepada Allah.

Ketiga: Seorang lelaki yang berzikir (mengingati Allah) pada waktu sunyi lalu mengalirkan air mata.

Keempat: Seorang lelaki yang hatinya tergantung didalam masjid.

Kelima: Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, bersama dan berpisah pun kerana Allah.

Keenam: Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita ternama dan rupawan, supaya bersenang- lenang dengannya lalu lelaki tersebut berkata "Aku takut kepada Allah.

Ketujuh: Seorang lelaki yang bersedekah dengan cara tersembunyi hinggakan tidak diketahui oleh tangan kirinya apa yang telah dibuat tangan kanannya."

Thursday, February 4, 2010

Keburukan dunia dan meninggalkannya.


Telah banyak ayat Al-Qur'an yang mencela dunia, memperingatkan manusia agar menjauhinya, sekaligus menyeru mereka ke akhirat. Bahkan itulah inti risalah yang disampaikan oleh para Nabi a.s. Oleh kerana telah maklum, maka tidak perlulah disebutkan ayatnya. Akan tetapi, saya ketengahkan beberapa Hadis yang menerangkan soal tersebut.

Dirawikan, pada suatu hari ketika Rasulullah SAW melalui bangkai kambing. Lalu baginda bersabda:
"Tidakkah engkau lihat bangkai ini telah dihinakan oleh pemiliknya?"

Mereka menjawab,"Jelas saja hina. Buanglah dia!" Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Demi Zat yang aku dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya dunia lebih hina bagi Allah daripada bangkai kambing ini bagi pemiliknya. Kalau dunia di sisi Allah sebanding dengan nyamuk, tidak akan seteguk air pun diberikan kepada orang kafir."


Rasulullah SAW bersabda:
"Dunia ini penjara orang mukmin, juga Syurga bagi orang kafir."

Baginda bersabda lagi:
"Dunia itu dilaknati. Selain apa yang dilakukan hanya untuk Allah SWT."

Baginda bersabda lagi:
"Dunia itu mencari dan dicari. Pencari Akhirat akan dicari dunia dan ingat disitulah sempurnanya rezeki. Sedangkan pencari dunia akan dicari Akhirat sehingga maut datang mencengkam lehernya."


Musa bin Yassar berkata; Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Allah SWT tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci-Nya daripada dunia dan Allah sejak menciptakannya tidak pernah melihatnya."


Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa di waktu pagi lebih mementingkan dunia maka dia tidak memiliki sesuatu dari Allah SWT. Malah Allah SWT akan menetapkan empat hal dalam hatinya; kedukaan yang tidak pernah ada putusnya, kesibukan yang tidak pernah ada rehatnya,Kekafiran yang tidak pernah sampai kaya dan angan-angan yang tidak pernah hentinya."

Yahya bin Muaz berkata,"Dunia ini adalah sifat syaitan. Jangan kau curi sesuatu dari sifatnya. Syaitan akan mencarinya dan menghasutmu." Fudhail berkata,"Meskipun dunia itu dari emas tapi akan musnah, sedangkan Akhirat dari tembikar, namun kekal. Sepatutnya kita memilih tembikar yang kekal daripada emas yang akan musnah. Tetapi mengapa kita memilih emas yang akan musnah dari tembikar yang akan kekal?"

Dari Hasan al-Basri mengirim surat kepada Umar bin Abdul Aziz,"Amma Ba'd, sesungguhnya dunia ini adalah sebuah rumah yg busuk. Sesungguhnya bukanlah rumah untuk berteduh. Adam diturunkan kesini sebagai seksaan. Takutlah padanya wahai Amirul Mukminin. Bekalan untuk akhirat adalah meninggalkannya. Kaya harta bererti fakir kepadanya. Setiap waktu ia membunuh. Menghina orang yg memuliakannya. Membuat fakir orang yg mengumpulkannya. Ia racun yang diteguk oleh orang yg tidak mengetahuinya, hingga ia mati olehnya.

Wallahu'alam.

Note: Sumber rujukan dari terjemahan kitab MUKASHAFAH AL QULUB.