BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 21, 2010

Allah Dan Malaikat Bersalawat Kepada Yang Bersahur.

Ramai yang memandang sahur sebagai perkara remeh dan kerap diabaikan walaupun tahu kebaikannya. Sahur adalah sajian awal pagi yang sangat disarankan oleh Nabi Muhammad SAW sebagaimana dalam hadis diriwayatkan Ahmad dan Abu Daud yang bermaksud:"Marilah menuju ke makan pagi yang diberkati, iaitu sahur. Dalam hadis lain mengatakan "makanlah sahur kerana dalam sahur ada barakah". (riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasullulah juga melarang umatnya meninggalkan sahur sebagaimana sabda baginda yang bermaksud " Sahur adalah makanan yang barakah, jangan kamu tinggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan Malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang bersahur. (Riwayat Ibnu Syaibah dan Ahmad dari Abu Said Al-Khudri)

Antara hikmah orang bersahur:

1. Lebih afdal dilewatkan ke hujung waktu
2. Membezakan umat Nabi Muhammad saw dengan kaum yang mengikuti ajaran kitab2 terdahulu.
3. Menguatkan iman dan menambah semangat untuk berpuasa
4. Mengurangkan dan mencegah masalah atau kelakuan yang biasa terjadi berkaitan lapar.
5. Memberikan peluang mengerjakan kerja amal seperti menyediakan makanan untuk orang bersahur.
6. Memberi peluang kita berdoa pada waktu yang afdal.

Wallahu'alam..

(Petikan daripada Harian Metro E4, 8/8/2010)

Monday, August 16, 2010

Diantara Hadis Akhir Zaman.

PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".



H.R. Ibnu Majah



Keterangan
Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibatberlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri.

Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.


TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR



Ertinya:


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; "Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai".


H.R.Muslim



Keterangan


Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.
Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.



KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH

Ertinya:
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam".



H.R.Ibnu Majah

Keterangan

Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari'at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.


ISLAM NAMA SAHAJA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".



H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.



AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).



H.R Ibnu Majah

Keterangan

Hadis di atas tadi menerangkan kepada kita bahawa pada suatu masa nanti:

1.Ilmu tentang Islam akan diangkat.
2.Al-Quran juga akan diangkat daripada permukaan bumi ini.
3.Orang ramai hanyalah mengenali beberapa istilah Islam, tetapi mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah itu.
4.Begitu pula mereka hanya sekadar mampu mengucapkan kalimat "Lailaha illallah", tetapi mereka tidak memahami apa tuntutan kalimat suci itu terhadap mereka.

Walau bagaimana pun Allah swt. dengan belas kasihannya masih menghargai keimanan mereka yang sedikit itu dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga.



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.Zakat dijadikan hutang.
4.Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.Anak derhaka terhadap ibunya,
6.Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10.Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.Para artis-artis disanjung-sanjung.
14.Muzik banyak dimainkan.
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".



H.R Termizi

Keterangan

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.



SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR


Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".



H.R Muslimi

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.Gempa bumi di Timur.
8.Gempa bumi di Barat.
9.Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


Wallhu'alam..

*Sumber rujukan dari-Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiyah Malaysia.

Saturday, August 7, 2010

Alam Mahsyar.

Assalamualaikum..

Dalam beberapa coretan di blog ini, coretan inilah yang paling takut untuk ana ketengahkan kerana sesungguhnya Alam Mahsyar itu sangat dasyat dan tidak dapat ana gambarkan..Walau demikian, untuk meningkatkan ketaqwaan diri dan anda yang membaca, ana kuatkan semangat untuk berkongsi coretan ini bersama anda..Hayatilah...

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat
yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi
putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah
mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi
yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika
itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari
Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi
kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh
mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum
dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari
embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan
yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
"Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi
mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi
Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi
Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya
mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang
lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu
diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan
hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat
besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan
suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang
dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari
'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia
sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan
2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab
untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70
000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban
dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka
sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk
yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang
Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.

Air Mata Nabi Adam dan Suasana Akhirat.

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari
syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam
tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah
swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.
Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari
air mata Nabi Adam
itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok
cengkih. Beberapa ekor
burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata,
"Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau
menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada
Allah. Ini
membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah
menyampaikan wahyu
yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum
pernah menciptakan air
minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata
taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia
bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua
perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang
kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia
yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci
dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil
air sembahyang sebelum
azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti
matahari. Mereka di = dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan
lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka
jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya
Huraisy ini dari timur
hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit
dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak
ke mana dan siapa
yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari
lima orang. Pertama,
orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang
tidak mahu keluarkan
zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang
bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang
yang suka minum
arak."


Wallahu'alam..

Solat atau Sembahyang?

Assalamualaikum..


Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Univer siti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Waalahu'alam..

Hidayah Allah: Kisah Paderi yang masuk Islam.

Assalamualaikum..

Mungkin kisah ini terasa sangat aneh bagi mereka yang belum pernah bertemu dengan orangnya atau melihat dan mendengar penuturannya. Kisah yang mungkin hanya terjadi dalam cerita fiktif, namun menjadi kenyataan. Hal itu tergambar dengan kata-kata yang diucapkan oleh si pemilik kisah yang sedang duduk di hadapanku mengisahkan tentang dirinya. Untuk mengetahui kisahnya lebih lanjut dan mengetahui kejadian-kejadian yang menarik secara terperinci, biarkan aku menemanimu untuk bersama-sama menatap ke arah Johannesburg, kota bintang emas nan kaya di negara Afrika Selatan di mana aku pernah bertugas sebagai pimpinan cabang pejabat Rabithah al-’Alam al-Islami di sana.
Pada tahun 1996, di sebuah negara yang sedang mengalami musim dingin, di siang hari yang mendung, diiringi hembusan angin dingin yang menusuk tulang, aku menunggu seseorang yang berjanji akan menemuiku. Isteriku sudah mempersiapkan santapan siang untuk menjamu sang tamu yang terhormat. Orang yang aku tunggu dulunya adalah seorang yang mempunyai hubungan erat dengan Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela. Ia seorang misionaris penyebar dan pendakwah agama Nasrani. Ia seorang paderi, namanya ‘Sily.’ Aku dapat bertemu dengannya melalui perantaraan pembantu pejabat Rabithah yang bernama Abdul Khaliq Matir, di mana ia mengkabarkan kepada-ku bahawa seorang paderi ingin datang ke pejabat Rabithah hendak membicarakan perkara penting.
Tepat pada waktu yang telah dijanjikan, paderi tersebut datang bersama temannya yang bernama Sulaiman. Sulaiman adalah salah seorang anggota sebuah rangkaian tinju setelah ia memeluk Islam, selepas bertanding dengan seorang petinju muslim terkenal, Muhammad Ali. Aku menyambut kedatangan mereka di pejabatku dengan perasaan yang sangat gembira. Sily seorang yang befizikal tubuh pendek, berkulit sangat hitam dan mudah tersenyum. Ia duduk di depanku dan berbicara denganku dengan lemah lembut. Aku katakan, “Saudara Sily bolehkah kami mendengar kisah keislamanmu?” ia tersenyum dan berkata, “Ya, tentu saja boleh.”
Pembaca yang mulia, dengar dan perhatikan apa yang telah ia ceritakan kepadaku, kemudian setelah itu, silahkan beri penilaian.!
Sily berkata, “Dulu aku seorang paderi yang sangat patuh. Aku berkhidmat untuk gereja dengan segala kesungguhan. Tidak hanya sampai di situ, aku juga salah seorang aktivis kristianisasi senior di Afrika Selatan. Karena aktivisku yang besar maka Vatikan memilihku untuk menjalankan program kristianisasi yang mereka tajakan. Aku mengambil dana Vatikan yang sampai kepadaku untuk menjalankan program tersebut. Aku mempergunakan segala cara untuk mencapai targetku. Aku melakukan berbagai kunjungan rutin ke madrasah-madrasah, sekolah-sekolah yang terletak di kampung dan di daerah pedalaman. Aku memberikan dana tersebut dalam bentuk sumbangan, pemberian, sedekah dan hadiah agar dapat mencapai targetku iaitu memasukkan masyarakat ke dalam agama Kristian. Gereja melimpahkan dana tersebut kepadaku sehingga aku menjadi seorang hartawan, mempunyai rumah mewah, kereta dan gaji yang tinggi. Posisiku terjamin di antara paderi-paderi lainnya.
Pada suatu hari, aku pergi ke pusat pasar di kotaku untuk membeli beberapa hadiah. Di tempat itulah bermula sebuah perubahan!
Di pasar itu aku bertemu dengan seseorang yang memakai kopiah. Ia pedagang berbagai hadiah. Waktu itu aku mengenakan pakaian jubah paderi berwarna putih yang merupakan ciri khas kami. Aku mula menawar harga yang disebutkan si penjual. Dari sini aku mengetahui bahawa ia seorang muslim. Kami menyebutkan agama Islam yang ada di Afrika selatan dengan sebutan ‘agama orang Arab.’ Kami tidak menyebutnya dengan sebutan Islam. Aku pun membeli berbagai hadiah yang aku inginkan. Sulit bagi kami menjerat orang-orang yang lurus dan mereka yang konsisten dengan agamanya, sebagaimana yang telah berhasil kami tipu dan kami kristiankan dari kalangan orang-orang Islam yang miskin di Afrika Selatan.
Si penjual muslim itu bertanya kepadaku, “Bukankah anda seorang paderi?” Aku jawab, “Benar.” Lantas ia bertanya kepadaku, “Siapa Tuhanmu?” Aku katakan, “Al-Masih.” Ia kembali berkata, “Aku menentangmu, cuba datangkan satu ayat di dalam Injil yang menyebutkan bahawa al-Masih AS berkata, ‘Aku adalah Allah atau aku anak Allah. Maka sembahlah aku’.” Ucapan muslim tersebut bagaikan petir yang menyambar kepalaku. Aku tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut. Aku berusaha membuka-buka kembali catatanku dan mencarinya di dalam kitab-kitab Injil dan kitab Kristian lainnya untuk menemukan jawapan yang jelas terhadap pertanyaan lelaki tersebut. Namun aku tidak menemukannya. Tidak ada satu ayat pun yang menceritakan bahawa al-Masih berkata bahawa ia adalah Allah atau anak Allah. Lelaki itu telah menjatuhkan mentalku dan menyulitkanku. Aku ditimpa sebuah bencana yang membuat dadaku sempit. Bagaimana mungkin pertanyaan seperti ini tidak pernah terlintas olehku? Lalu aku tinggalkan lelaki itu sambil menundukkan wajah. Ketika itu aku sedar bahawa aku telah berjalan jauh tanpa arah. Aku terus berusaha mencari ayat-ayat seperti ini, walau bagaimanapun rumitnya. Namun aku tetap tidak mampu, aku telah kalah.
Aku pergi ke Dewan Gereja dan meminta kepada para anggota dewan agar berkumpul. Mereka menyepakatinya. Pada pertemuan tersebut aku mengkhabarkan kepada mereka tentang apa yang telah aku dengar. Tetapi mereka malah menyerangku dengan ucapan, “Kamu telah ditipu orang Arab. Ia hanya ingin meyesatkanmu dan memasukkan kamu ke dalam agama orang Arab.” Aku katakan, “Kalau begitu, cuba beri jawapannya!” Mereka membantah pertanyaan seperti itu namun tak seorang pun yang mampu memberikan jawapan.
Pada hari minggu, aku harus memberikan pidato dan pelajaranku di gereja. Aku berdiri di depan orang ramai untuk memberikan ucapan. Namun aku tidak sanggup melakukannya. Sementara para hadirin merasa aneh, kerana aku berdiri di hadapan mereka tanpa mengucapkan sepatah katapun. Aku kembali masuk ke dalam gereja dan meminta kepada temanku agar ia menggantikan tempatku. Aku katakan bahawa aku sedang sakit. Padahal jiwaku hancur luluh.
Aku pulang ke rumah dalam keadaan bingung dan cemas. Lalu aku masuk dan duduk di sebuah ruangan kecil. Sambil menangis aku mendongakkan pandanganku ke langit seraya berdoa. Namun kepada siapa aku berdoa. Kemudian aku berdoa kepada Dzat yang aku yakini bahwa Dia adalah Allah Sang Maha Pencipta, “Ya Tuhanku… Wahai Dzat yang telah menciptakanku… sungguh telah tertutup semua pintu di hadapanku kecuali pintuMu… Janganlah Engkau halangi aku mengetahui kebenaran… manakah yang hak dan di manakah kebenaran? Ya Tuhanku… jangan Engkau biarkan aku dalam kebimbangan… tunjukkan kepadaku jalan yang hak dan bimbing aku ke jalan yang benar…” lantas akupun tertidur.
Di dalam tidur, aku melihat diriku sedang berada di sebuah ruangan yang sangat luas. Tidak ada seorang pun di dalamnya kecuali diriku. Tiba-tiba di tengah ruangan tersebut muncul seorang lelaki. Wajah orang itu tidak begitu jelas kerana kilauan cahaya yang terpancar darinya dan dari sekelilingnya. Namun aku yakin bahawa cahaya tersebut muncul dari orang tersebut. Lelaki itu memberi isyarat kepadaku dan memanggil, “Wahai Ibrahim!” Aku menoleh ingin mengetahui siapa Ibrahim, namun aku tidak menjumpai siapa pun di ruangan itu. Lelaki itu berkata, “Kamu Ibrahim… kamulah yang bernama Ibrahim. Bukankah engkau yang memohon petunjuk kepada Allah?” Aku jawab, “Benar.” Ia berkata, “Lihat ke sebelah kananmu!” Maka akupun menoleh ke kanan dan ternyata di sana ada sekelompok orang yang sedang memanggul barang-barang mereka dengan mengenakan pakaian putih dan berserban putih. Ikutilah mereka agar engkau mengetahui kebenaran!” Lanjut lelaki itu.
Kemudian aku terbangun dari tidurku. Aku merasakan sebuah kegembiraan menyelimutiku. Namun aku belum juga memperoleh ketenangan ketika muncul pertanyaan, di mana gerangan kelompok yang aku lihat di dalam mimipiku itu berada.
Aku bertekad untuk melanjutkannya dengan berkelana mencari sebuah kebenaran, sebagaimana ciri-ciri yang telah diisyaratkan dalam mimpiku. Aku yakin ini semua merupakan petunjuk dari Allah SWT. Kemudian aku minta cuti kerja dan mulai melakukan perjalanan panjang yang memaksaku untuk berkeliling di beberapa kota mencari dan bertanya di mana orang-orang yang memakai pakaian dan serban putih berada. Telah panjang perjalanan dan pencarianku. Setiap aku menjumpai kaum muslimin, mereka hanya memakai seluar panjang dan kopiah. Hingga akhirnya aku sampai di kota Johannesburg.
Di sana aku mendatangi pejabat penerima tamu milik Lembaga Muslim Afrika. Di rumah itu aku bertanya kepada pegawai penerima tamu tentang jemaah tersebut. Namun ia mengira bahawa aku seorang peminta-minta dan memberikan sejumlah wang. Aku katakan, “Bukan ini yang aku minta. Bukankah kalian mempunyai tempat ibadah yang dekat dari sini? Tolong tunjukkan masjid yang terdekat.” Lalu aku mengikuti arahannya dan aku terkejut ketika melihat seorang lelaki berpakaian dan berserban putih sedang berdiri di depan pintu.
Aku sangat girang, kerana ciri-cirinya sama seperti yang aku lihat dalam mimpi. Dengan hati yang berbunga-bunga, aku mendekati orang tersebut. Sebelum aku mengatakan sepatah kata, ia terlebih dahulu berkata, “Selamat datang ya Ibrahim!” Aku terperanjat mendengarnya. Ia mengetahui namaku sebelum aku memperkenalkannya. Lantas ia melanjutkan ucapannya, “Aku melihatmu di dalam mimpi bahawa engkau sedang mencari-cari kami. Engkau hendak mencari kebenaran? Kebenaran ada pada agama yang diredhoi Allah untuk hamba-Nya iaitu Islam.” Aku katakan, “Benar. Aku sedang mencari kebenaran yang telah ditunjukkan oleh lelaki bercahaya dalam mimpiku, agar aku mengikuti sekelompok orang yang berpakaian seperti busana yang engkau kenakan. Tahukah kamu siapa lelaki yang aku lihat dalam mimpiku itu?” Ia menjawab, “Dia adalah Nabi kami Muhammad, Nabi agama Islam yang benar, Rasulullah SAW.” Sulit bagiku untuk mempercayai apa yang terjadi pada diriku. Namun langsung saja aku peluk dia dan aku katakan kepadanya, “Benarkah lelaki itu Rasul dan Nabi kalian yang datang menunjukiku agama yang benar?” Ia berkata, “Benar.”
Ia lalu menyambut kedatanganku dan memberikan ucapan selamat kerana Allah telah memberiku hidayah kebenaran. Kemudian datang waktu sholat zuhur. Ia mempersilahkanku duduk di tempat paling belakang dalam masjid dan ia pergi untuk melaksanakan sholat bersama jemaah yang lain. Aku memperhatikan kaum muslimin banyak memakai pakaian seperti yang dipakainya. Aku melihat mereka rukuk dan sujud kepada Allah. Aku berkata dalam hati, “Demi Allah, inilah agama yang benar. Aku telah membaca dalam berbagai kitab bahawa para nabi dan rasul meletakkan dahinya di atas tanah sujud kepada Allah.” Setelah mereka sholat, jiwaku mulai merasa tenang dengan fenomena yang aku lihat. Aku berucap dalam hati, “Demi Allah sesungguhnya Allah SAW telah menunjukkan kepadaku agama yang benar.” Seorang muslim memanggilku agar aku mengumumkan keIslamanku. Lalu aku mengucapkan dua kalimat syahadat dan aku menangis sejadi-jadinya kerana gembira telah mendapat hidayah dari Allah SWT.
Kemudian aku tinggal bersamanya untuk mempelajari Islam dan aku pergi bersama mereka untuk melakukan perjalanan dakwah dalam waktu beberapa lama. Mereka mengunjungi semua tempat, mengajak manusia kepada agama Islam. Aku sangat gembira ikut bersama mereka. Aku dapat belajar sholat, puasa, tahajjud, doa, kejujuran dan amanah dari mereka. Aku juga belajar dari mereka bahawa seorang muslim diperintahkan untuk menyampaikan agama Allah dan bagaimana menjadi seorang muslim yang mengajak kepada jalan Allah serta berdakwah dengan hikmah, sabar, tenang, rela berkorban dan berwajah ceria.Setelah beberapa bulan kemudian, aku kembali ke kotaku. Ternyata keluarga dan teman-temanku sedang mencari-cariku. Namun ketika melihat aku kembali memakai pakaian Islamik, mereka mengingkarinya dan Dewan Gereja meminta kepadaku agar diadakan sidang darurat. Pada pertemuan itu mereka mencelaku kerana aku telah meninggalkan agama keluarga dan nenek moyang kami. Mereka berkata kepadaku, “Sungguh kamu telah tersesat dan tertipu dengan agama orang Arab.” Aku katakan, “Tidak ada seorang pun yang telah menipu dan menyesatkanku. Sesungguhnya Rasulullah Muhammad SAW datang kepadaku dalam mimpi untuk menunjukkan kebenaran dan agama yang benar iaitu agama Islam. Bukan agama orang Arab sebagaimana yang kalian katakan. Aku mengajak kalian kepada jalan yang benar dan memeluk Islam.” Mereka semua terdiam.
Kemudian mereka mencuba cara lain, iaitu memujukku dengan memberikan harta, kekuasaan dan pangkat. Mereka berkata, “Sesungguhnya Vatikan memintamu untuk tinggal bersama mereka selama enam bulan untuk menyerahkan wang pinjaman pembelian rumah dan mobil baru untukmu serta memberimu kenaikan gaji dan pangkat tertinggi di gereja.”
Semua tawaran tersebut aku tolak dan aku katakan kepada mereka, “Apakah kalian akan menyesatkanku setelah Allah memberiku hidayah? Demi Allah aku takkan pernah melakukannya walaupun kalian memenggal leherku.” Kemudian aku menasihati mereka dan kembali mengajak mereka ke agama Islam. Maka masuk Islamlah dua orang dari kalangan paderi.
Alhamdulillah, Setelah melihat tekadku tersebut, mereka menarik semua darjat dan pangkatku. Aku merasa senang dengan itu semua, bahkan tadinya aku ingin agar penarikan itu segera dilakukan. Kemudian aku mengembalikan semua harta dan tugasku kepada mereka dan akupun pergi meninggalkan mereka,” Sily mengakhiri kisahnya.
Kisah masuk Islam Ibrahim Sily yang ia ceritakan sendiri kepadaku di pejabatku, disaksikan oleh Abdul Khaliq pembantu pejabat Rabithah Afrika dan dua orang lainnya. Pendeta sily sekarang dipanggil dengan Da’i Ibrahim Sily berasal dari kabilah Kuza Afrika Selatan. Aku mengundang Da’i Ibrahim Sily makan siang di rumahku dan aku laksanakan apa yang diwajibkan dalam agamaku iaitu memuliakannya, kemudian ia pun setuju. Setelah pertemuan itu aku pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk melaksanakan suatu tugas. Waktu itu kami sudah mendekati persiapan seminar Ilmu Syar’i I yang akan diadakan di kota Cape Town. Lalu aku kembali ke Afrika Selatan tepatnya ke kota Cape Town.
Ketika aku berada di pejabat yang telah disiapkan untuk kami di Ma’had Arqam, Dai Ibrahim Sily mendatangiku. Aku langsung mengenalnya dan aku ucapkan salam untuknya dan bertanya, “Apa yang kamu lakukan disini wahai Ibrahim.?” Ia menjawab, “Aku sedang mengunjungi tempat-tempat di Afrika Selatan untuk berdakwah kepada Allah. Aku ingin mengeluarkan masyarakat negeriku dari api neraka, mengeluarkan mereka dari jalan yang gelap ke jalan yang terang dengan memasukkan mereka ke dalam agama Islam.”
Setelah Ibrahim selesai mengisahkan kepada kami bahawa perhatiannya sekarang hanya tertumpah untuk dakwah kepada agama Allah, ia meninggalkan kami menuju suatu daerah… medan dakwah yang penuh dengan pengorbanan di jalan Allah. Aku perhatikan wajahnya berubah dan pakaiannya bersinar. Aku hairan ia tidak meminta bantuan dan tidak menjulurkan tangannya meminta sumbangan. Aku merasakan ada yang mengalir di pipiku yang membangkitkan perasaan aneh. Perasaan ini seakan-akan berbicara kepadaku, “Kalian manusia yang mempermainkan dakwah, tidakkah kalian perhatikan para mujahid di jalan Allah!”“Benar wahai sudaraku. Kami telah tertinggal… kami berjalan lambat… kami telah tertipu dengan kehidupan dunia, sementara orang-orang yang seperti Da’i Ibrahim Sily, Da’i berbangsa Sepanyol Ahmad Sa’id berkorban, berjihad dan bertempur demi menyampaikan agama ini. Ya Rabb rahmatilah kami. “


*(SUMBER: karya Muhammad Shalih al-Qaththani, seperti yang dinukilnya dari tulisan Dr. Abdul Aziz Ahmad Sarhan, Dekan fakultas Tarbiyah di Makkah al-Mukarramah)

Surat untuk calon suamiku..

Assalamualaikum..

Sesungguhnya coretan dibawah ini membuatkanku merasa sangat gembira dengan luahan hati yang kukira sangat ikhlas dari hati si dia..KASIH NUR AZIE, kuharap apa yang kau coretkan ini janganlah sekadar coretan semata..Maksudkanlah ianya seperti janji kau kepada diri kau sendiri.


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…


Dear calon suamiku…


Apa khabarnya imanmu hari ini?
Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini?
Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah kau genggam?


Wahai Calon Suamiku…

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku?
Disini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan untuk mendampingimu kelak. Meskipun kadang keluh dan putus asa datang berteman, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.
Kadang aku bertanya-tanya, kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku.
Bahagian terapuh diriku, namun aku tahu jawapannya.
Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingat-Nya kembali mencintai-Nya.
Ujian demi ujian Insya Allah membuatku menjadi lebih kuat, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku dihatimu, menemani harimu.


Calon suamiku…


Entah dimana dirimu sekarang.
Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang kuat, hingga aku pun bangga memilikimu kelak.
Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanya sia-sia yang akan kau dapati.
Aku masih haus akan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keridhaan Allah dan dirimu, suamiku.


Wahai calon suamiku…


Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak disyurga cukup aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini seorang yang cemburu. Tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.
Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; “Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta kepada Allah haiwan yang comel, Dia beri aku ulat berbulu. Aku kecewa dan protes. Ini tidak adil.

Namun kemudian kaktus itu berbunga, sangat indah sekali. Dan ulat pun tumbuh dan berubah menjadi kupu-kupu yang teramat cantik. Itulah jalan Allah, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi Allah memberi apa yang kita perlukan.”
Aku yakin kaulah yang kuperlukan, meski bukan seperti yang aku harapkan.



Calon suamiku yang di rahmati Allah…


Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan kunamai dengan gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.
Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah SWT.
Bunga akan indah pada waktunya. Iaitu ketika mekar menghiasi taman. Maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.



Calon suamiku…


Inilah sekilas harapan yang ku ukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kini ku hadapi. Kelak saat kita tengah bersama, maka disitulah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.


*Note: sumber rujukan dari kasihnurazie.blogspot.com