BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 16, 2010

Balasan meninggalkan atau melambatkan Solat.

Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran (al-Ankabut: 45) dan dalam masa yang sama iblis terus menerus berusaha untuk menyesatkan manusia. Kerana itu maka tidak peliklah kenapa iblis dan syaitan itu berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan sembahyang.

Iblis dan syaitan berusaha menghalang manusia agar jangan melakukan sembahyang. Andainya seseorang itu terus juga sembahyang, makhluk itu akan mengganggu ketika seseorang itu sedang mengambil wuduk. Rasulullah s.a.w. memberi amaran tentang adanya satu kumpulan iblis yang dinamakan ``al-Wilhan'' yang berperanan untuk mengganggu seseorang itu berwuduk, menyebabkan timbulnya was-was, lalu wuduk itu diambil mengambil masa yang panjang, berulang kali tanpa yakin.

Ketika mendirikan sembahyang iblis akan menimbulkan was-was hati iaitu ketika berniat, membaca al-Fatihah, mengganggu pemikiran menyebabkan seseorang itu tidak berupaya menumpukan konsentrasinya kepada ibadah yang dilakukan. Ketika itu timbul pelbagai lintasan, termasuk peristiwa yang dilihat di tengah jalan, di pejabat, rasa kecewa harga saham dan kelapa sawit yang menjunam dan lain-lain lagi termasuk gangguan yang timbul daripada gambar-gambar ataupun tenunan pada kain sejadah yang dijadikan alas tempat sembahyang.

Selain daripada tabiat manusia yang sukar hendak mendirikan ibadah sembahyang, iblis dan syaitan juga menipu manusia agar melengah-lengahkan sembahyangnya, yang mungkin berpunca daripada sifat malas semula jadi, didikan yang diberi atau suasana yang mempengaruhi. Seseorang itu mungkin melambat-lambatkan sembahyangnya kerana mesyuarat, terlalu asyik dengan kerja yang dilakukan, untuk menyudahkan tugas yang diberi dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah seperti ini seseorang itu perlu kembali kepada hukum asal, iaitu memahami hukum mereka yang melambat-lambatkan sembahyang seperti yang saudara kemukakan.

Dalam surah al-Maun: 4-5 dijelaskan, ``Maka kecelakaanlah bagi mereka yang sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.''

Menurut Saad bin Abi Waqqas, seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga, yang meninggal dunia pada tahun 55H, menyatakan yang dia telah bertanyakan Rasulullah tentang maksud ``orang yang lalai sembahyang'' tadi. Baginda menyatakan bahawa yang dimaksudkan itu ialah mereka yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Mereka ini tetap termasuk dalam golongan orang yang melakukan sembahyang, tetapi memandang enteng dengan melambat-lambatkannya. Bagi mereka adalah balasan neraka, yang dinamakan ``wail'', yang sangat berat azabnya. Menurut satu pendapat neraka wail itu adalah satu lembah yang terdapat di neraka jahanam. Andainya bukit-bukit yang ada di dunia itu diletakkan dalamnya, nescaya hancur luluh semuanya kerana terlalu panas.

Dalam sebuah hadis riwayat daripada al-Bayhaqi dinyatakan bahawa Umar bin Al-Khattab r.a. ada memberitahu, telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling dikasihi Allah dalam Islam. Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku.

Keterangan di atas menjelaskan betapa Allah memberi peringatan amaran terhadap mereka yang melengah-lengahkan sembahyang. Andainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan menyedari betapa pedih dan sakitnya seksaan tersebut, dia akan sedar dan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Ketahuilah bahawasanya setiap solat yang ditinggalkan akan ada pembalasannya:-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.(Tergamakkah kita berzina dengan kedua orang tua kita).

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

Dan diantaranya lagi ialah:-

Di dunia

Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Sakaratul Maut

Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar. (su'ul khatimah)
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Alam Barzakh

Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan. Kuburnya akan menjadi cukup gelap. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari) (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)


Hari Qiamat

Hisab keatasnya menjadi sangat berat.
Allah SWT tersangat murka kepadanya.
Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

15 comments:

  1. Assalamualaikum, mohon izin copy-paste untuk tazkirah bersama anak2 ya..

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya ingin sangat nak tahu sebagai seorang guru saya selalu hadir mesyuarat yang bermula pukul 1 atau 12.30 tghari. Kadang-kadang ia berakhir hingga hampir 2.30 atau 3 petang. kemudian barulah saya solat zohor. ADAKAH SAYA DIKIRA MELAMBATKAN SOLAT DAN DIKIRA SEBAGAI MELALAIKAN SOLAT? Perlukah saya solat zohor dulu atau adakah mesyuarat yang saya hadir itu lebih penting? Harap dapat penjelasan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..maaf terlalu lama utk membalas..

      Nabi berpesan bermaksud; Tinggalkanlah dunia dan tunaikanlah solat jika sudah sampai waktunya.

      Nabi juga ada berpesan bermaksud; tidak sempurna solat seseorng itu ketika azan sudah berkumandang tetapi dia tdk hadir utk menunaikannya.

      Dari dua pesanan ini sudah jelas menampakkan betapa pentingnya solat diawal waktu. Maka dgn demikian tinggalkanlah segala urusan dunia ketika Azan sudah berkumandang.

      Wallahu'alam.

      Delete
  3. Assalamualaikum.. Mohon di share artikel ini. :) Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. terima kasih di atas perkongsian ilmu ini saudara.=D

    ReplyDelete
  5. mohon share. tkasih

    ReplyDelete
  6. Minta kebenaran untuk share peringatan ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. saya masih belajar....jadi kelas saya habis biasanya dalam pukul 2:40......jadi saya dikira lambatkan solat ke...saya juga tinggal di asrama..,,kadang2 sampai di asrama kul 3..kadang2 3.15....,,dan ramai kwn2 saya lambat mcm saya.....kerna kitaorg semua kelas sains...so balik lewat..nk solat dulu...tp cgu sedang mengajar....???macam mana tu ??

    ReplyDelete
  8. mintak izin untuk share ya....
    semoga Landry Ahmad menjadi hamba ALLAH yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. minta izin nak copy ya...terima kasih

    ReplyDelete
  10. Izin di share ya..syukron

    ReplyDelete