BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 8, 2010

Ganjaran wuduk serta niat.

RASULULLAH SAW bersaabda:"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya."(Hadis Riwayat Muslim)

Wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmatai Allah SWT. Insya-Allah, kita akan mendapat solat yang khusyuk dan diterima Allah SWT. Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dengan niat kerana ia bukan sahaja berguna di dunia malah di akhirat dengan keredhaan-Nya:

*Ketika berkumur;
-Berniatlah,"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini." Penjelasannya, setiap hari kita bercakap perkara tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan, semoga kita tidak lagi merperkatakan sesuatu yang tidak membawa kebaikan.

*Ketika membasuh muka;
-Berniatlah,"Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini." Penjelasannya, ahli syurga, wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.

*Ketika membasuh tangan kanan;
-Berniatlah,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini." Penjelasannya, ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.

*Ketika membasuh tangan kiri;
-Berniatlah,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini." Penjelasannya, ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.

*Ketika membasuh kepala;

-Berniatlah,"Ya Allah, lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy-Mu." Penjelasannya, panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

*Ketika membasuh telinga;
-Berniatlah,"Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini." Penjelasannya, setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.

*Ketika membasuh kaki kanan;
-Berniatlah,"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim." Penjelasannya, ahli syurga melintasi titian Siratul Mustaqim dengan pantas sekali.

*Ketika membasuh kaki kiri;
-Berniatlah,"Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat." Penjelasannya, qada' dan qadar kita ditangan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment