BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 24, 2010

Hukum Mencela Atau Mengumpat Atau Mengata Orang Lain.

Tajuk diatas merupakan suatu tajuk yang kurang senang untuk didengari kerana ianya suatu tabiat yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian; malah ada ketikanya menjadi kegemaran pula. Renungan yang dimaksudkan berkaitan dengan mengumpat atau ghibah. Ianya adalah bersangkutan dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ia bukan sahaja menimbulkan keaiban kepada orang yang diumpat malah menampakkan keaiban serta keburukan Si pencerita.

Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam
firmannya : Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)
Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:

Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya!
Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia
mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya).

Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan
tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang
lumpuh kerana membantu wanita tersebut. Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:

Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang - orang yang
beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)

2. Definasi mengumpat/ghibah

Rasullah (S.A.W) telah memberi pengertian mengumpat sebagai apabila engkau menyebut
perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya seperti marah benci dan sebagainya.

3. Perkara-perkara yang sering menjadi umpatan:

3.1 Kekurangan fizikal - seperti juling, hitam, terlalu pendek, terlalu gemuk, tempang dan sebagainya.

3.2 Keturunan seseorang - keturunan fasik, seseorang yang hina dina atau keburukan lain dalam keturunan seseorang.

3.3 Pekerti seseorang - Bakhil, suka menonjol milik/jasanya, pemarah, pengecut, lemah
pendirian dan sebagainya.

3.4 Kelakuannya - Pencuri, pembohong, peminum arak, pengkhianat, zalim, lemah ibadat
seperti cuai sembahyang, puasa zakat, membiarkan orang tuanya dll.

3.5 Keperibadiannya - Tidak sopan/biadap, banyak cakap, kuat makan dll. Serta lain-lain perkara yang melibatkan menceritakan hal orang jika beliau tahu marah samada dalam bentuk kata, lisan, celaan, isyarat, tulisan yang bermaksud mengumpat.

4. Apakah orang yang mendengar juga termasuk melakukan umpatan/ghibah?
Ianya bergantung kepada reaksi pendengar. Ia sama mengumpat/bersubahat jika :

- Menunjukkan ketaajubannya lalu seolah-olah suatu pendorong agar yang mengumpat lebih giat dan bersemangat untuk mengumpat terus.

- Mengiakan seperti berkata mudah-mudahan kita dijauhkan Allah dari cubaan yang
sedemikian.

- Berdiam diri sewaktu mendengar ada orang mengumpat orang lain.

5. a. Reaksi sewajarnya elak bersubahat
- Baiknya diwaktu kita mendengar orang mengumpat, langsung kita mengingkari dengan lisan iaitu menyuruh berhenti mengumpat.

- Alihkan perbicaraan lain

- Jika gagal hendaklah mengingkari dalam hati (takut menentangnya).

b. Cara mengelak mengumpat
i. Pesanan Ibnu Abbas;

Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau
ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri;

ii. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang
mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan padanya.

iii. Sibukkan diri mengubati kekurang diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:

Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.

iv. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.

6. Implikasi dari umpatan :

i. Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.

ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim.

iii. Perpecahan ummah.

7. Sebab-sebab yang mendorong orang mengumpat

i. Ingin melenyapkan kemarahan:

Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang
yang dimarahi.didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca disini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.

ii. Kemegahan diri:

Keinginan agar disifatkan lebih tinggi martabat lebih megah dan mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

iii. Kedengkian:

Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi ia mencari jalan/kelemahan dan keburukan orang tersebut agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.

iv. Saja suka-suka:

Bersendagurau untuk ketawa-ketawa yang tidak ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurausenda dengan menyebut cela-cela orang lain tujuannya semata-mata untuk menjadi bahan ketawa selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.

v. Penghinaan:

Iaitu menganggap hina, rendah/lemah kepada orang lain. Perbuatan ini ialah kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.

vi. Sifat-sifat lain:

Sukar dianalisa banyak sebab tetapi semuanya lahir akibat tipudaya syitan belaka sebagai janji menyesatkan umat. selain dari itu juga merupakan sifat mazmumah yang perlu dikikis.

8. Hukum mengumpat

Mengumpat dengan hati ialah mempunyai sangkaan buruk kepada orang lain. Hukumnya sama
haramnya dengan mengata seseorang secara lisan. Namun dikecualikan bagi hanya sekadar
lintasan buruk orang lain yang mudah lenyap. Sangkaan buruk yang tidak dibenarkan ialah tanda kecenderungan hati dan dimantapkan dalam perasaan. Inilah yang dilarang keras, sebagaimana Firman Allah S.W.T.:

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar sangka-sangka itu sebab setengah dari sangka-sangka itu adalah dosa. Oleh itu apabila ada suatu bisikan dalam hati hendak menyangka buruk kepada orang lain, baiklah ditolak sahaja. Dustakanlah ajakan syaitan itu kerana syaitan adalah sefasik-fasik kaum
yang fasik.


Firman Allah S.W.T.:
Hai orang-orang yang beriman, apabila ada seseorang fasik datang padamu dengan membawa suatu berita, maka carilah kenyataannya lebih dahulu (periksalah dengan saksama) supayakamu tidak sampai mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui sebenarnya;(Surah Hujurat ayat 6)


Bidalan Melayu berkaitan dengan lisan dan kesan umpatan

i. Lidah lebih tajam dari mata pedang.

ii. Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan merana .


Wallahu'alam..


*Sumber Rujukan dari Pak Aziz JomLayan.

16 comments:

  1. info yang menarik..sperti saya,sememangnya suasana di tempat kerja sya dikelilingi oleh org yg suka mengumpat,tapi saya hairan dgn mereka ni, mereka selalu menunaikan solat,puasa sunat, tetapi kalau bab mengumpat,memburuk org,mengapi2 kan org,memusnahkan org dengan memburukkan org mmg dah jadi makanan bagi mereka.dan sya juga prnah mnjdi mngsa umpatan mereka,tetapi adakah segala kebaikan yang mereka lakukan itu diterima oleh Allah SWT?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum .. mohon share .. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. May I share this article? Thanks.

    ReplyDelete
  4. salam..mohon share di blog saya yer :)

    ReplyDelete
  5. Sy yg jadi mangsa umpatan org.spt org itu mencari sy pnya kekurangn.dan mngumpat sy dr blkang.walhal org itu kwn sejiran sy.dan sy thu pun dr mulut kwn dia sndiri..hanya tuhan yg thu perasaan sy skrg ni.sy hnya mmpu ucpkan alhamdulillah syukur pd mu.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah . . sy redha . . sy juga prnh mnjdi mangsa . . sy bekerja dlm staff yg trlalu rmai . . jd mcm2 ragam . . sy pon hairan, org yg selalu mengumpat xde untung nye . . xkn die x t'pk stp prbuatn ade blsn nye . . mtk di jauhi . .

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ... sye pun pernah kena umpat ...tp Alhamdulillah sye msih kuat ...

    ReplyDelete
  8. dan sye nk berdoa semoga dye insyaf. amin

    ReplyDelete
  9. Ada sorang kawan saya ni suka sangat mengutuk orang!!!! Time bulan puasa pun masih memgutuk dan menghina. Bila ditegur kenapa suka mengutuk walaupun pada bulan puasa, dia kata itu hak dia.. Camana ni?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..mohon share

    ReplyDelete
  11. Saya pun pernah jadi bahan umpatan oleh jiran sampai tak bertegur sapa . Biar kat dia lah . Janji Allah nmpak apa dia buad . Hanya ucap Alhamdulillh jaa .

    ReplyDelete
  12. sy cacat selalu kena umpat, cela depan2..hancur gak hati.sy redha je sbb yg mengata sy ialah org yang sempurna tp sy x mintak pun dilahirkan mcm ni.rasa marah tu kuat tp apakan daya sy x boleh nk tutup mulut mereka.

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya saya ni memang kaki umpat orang. Depan orang je saya ni buat friendly..

    ReplyDelete