BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 8, 2010

Babi pun bersyukur jadi babi.

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan.. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin

Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.

Wallahu'alam..

Cara yang betul ketika ingin berdoa.

Doa ialah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah. Disini saya terangkan serba sedikit cara yang betul untuk berdoa kepada Allah SWT,

1)-Angkat tangan ke paras dada
2)-Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3)-Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب.
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruf hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4)-Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5)-Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat keatas Nabi SAW.
6)-Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana Allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7)-Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insyaAllah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.


Waalahu'alam...

Monday, May 31, 2010

Diantara Fadhilat-Fadhilat Solat.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan". Ungkapan ini sering kita lihat di perkarangan masjid-masjid yang ada dinegara kita ini. Mungkin ada sesetengah golongan berpendapat "sebelum kamu di sembahyangkan" itu ialah bermaksud dikerah untuk bersembahyang. Tetapi hakikatnya ungkapan "sebelum kamu di sembahyangkan" itu bermaksud, sembahyang yang dilakukan untuk mereka yang tidak menunaikan solat ketika jasad diselimuti dengan kain yang berwarna putih bersih. Itulah hakikat yang jarang ada dipermikiran golongan yang tidak mendalami maksud ungkapan "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dibawah ini terdapat beberapa fadhilat untuk mereka yang menunaikan sembahyang;


1 - Niat Sembahyang;
Fadhilatnya; Memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri degan Betul;
Fadhilatnya: ketika mati dpt meluaskan tempat dalam kubur.

3 - Takbir -ratul Ihram;
Fadhilatnya: sebagai pelita yang menerangi dalam kubur.

4 - Fatihah;
Fadhilatnya: sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.

5 - Ruqu';
Fadhilatnya: sebagai tikar di dalam kubur.

6 - I'tidal;
Fadhilatnya: akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud;
Fadhilatnya: memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud;
Fadhilatnya: akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir);
Fadhilatnya: menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10- Tahhiyat Akhir;
Fadhilatnya: sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar &Nankir di dalam kubur.

11- Selawat Nabi;
Fadhilatnya: sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12- Salam;
Fadhilatnya: memelihara kita di dalam kubur.

13- Tertib;
Fadhilatnya: akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Wallahu'alam.

Sunday, May 16, 2010

Balasan meninggalkan atau melambatkan Solat.

Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran (al-Ankabut: 45) dan dalam masa yang sama iblis terus menerus berusaha untuk menyesatkan manusia. Kerana itu maka tidak peliklah kenapa iblis dan syaitan itu berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan sembahyang.

Iblis dan syaitan berusaha menghalang manusia agar jangan melakukan sembahyang. Andainya seseorang itu terus juga sembahyang, makhluk itu akan mengganggu ketika seseorang itu sedang mengambil wuduk. Rasulullah s.a.w. memberi amaran tentang adanya satu kumpulan iblis yang dinamakan ``al-Wilhan'' yang berperanan untuk mengganggu seseorang itu berwuduk, menyebabkan timbulnya was-was, lalu wuduk itu diambil mengambil masa yang panjang, berulang kali tanpa yakin.

Ketika mendirikan sembahyang iblis akan menimbulkan was-was hati iaitu ketika berniat, membaca al-Fatihah, mengganggu pemikiran menyebabkan seseorang itu tidak berupaya menumpukan konsentrasinya kepada ibadah yang dilakukan. Ketika itu timbul pelbagai lintasan, termasuk peristiwa yang dilihat di tengah jalan, di pejabat, rasa kecewa harga saham dan kelapa sawit yang menjunam dan lain-lain lagi termasuk gangguan yang timbul daripada gambar-gambar ataupun tenunan pada kain sejadah yang dijadikan alas tempat sembahyang.

Selain daripada tabiat manusia yang sukar hendak mendirikan ibadah sembahyang, iblis dan syaitan juga menipu manusia agar melengah-lengahkan sembahyangnya, yang mungkin berpunca daripada sifat malas semula jadi, didikan yang diberi atau suasana yang mempengaruhi. Seseorang itu mungkin melambat-lambatkan sembahyangnya kerana mesyuarat, terlalu asyik dengan kerja yang dilakukan, untuk menyudahkan tugas yang diberi dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah seperti ini seseorang itu perlu kembali kepada hukum asal, iaitu memahami hukum mereka yang melambat-lambatkan sembahyang seperti yang saudara kemukakan.

Dalam surah al-Maun: 4-5 dijelaskan, ``Maka kecelakaanlah bagi mereka yang sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.''

Menurut Saad bin Abi Waqqas, seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga, yang meninggal dunia pada tahun 55H, menyatakan yang dia telah bertanyakan Rasulullah tentang maksud ``orang yang lalai sembahyang'' tadi. Baginda menyatakan bahawa yang dimaksudkan itu ialah mereka yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Mereka ini tetap termasuk dalam golongan orang yang melakukan sembahyang, tetapi memandang enteng dengan melambat-lambatkannya. Bagi mereka adalah balasan neraka, yang dinamakan ``wail'', yang sangat berat azabnya. Menurut satu pendapat neraka wail itu adalah satu lembah yang terdapat di neraka jahanam. Andainya bukit-bukit yang ada di dunia itu diletakkan dalamnya, nescaya hancur luluh semuanya kerana terlalu panas.

Dalam sebuah hadis riwayat daripada al-Bayhaqi dinyatakan bahawa Umar bin Al-Khattab r.a. ada memberitahu, telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling dikasihi Allah dalam Islam. Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku.

Keterangan di atas menjelaskan betapa Allah memberi peringatan amaran terhadap mereka yang melengah-lengahkan sembahyang. Andainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan menyedari betapa pedih dan sakitnya seksaan tersebut, dia akan sedar dan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Ketahuilah bahawasanya setiap solat yang ditinggalkan akan ada pembalasannya:-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.(Tergamakkah kita berzina dengan kedua orang tua kita).

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

Dan diantaranya lagi ialah:-

Di dunia

Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Sakaratul Maut

Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar. (su'ul khatimah)
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Alam Barzakh

Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan. Kuburnya akan menjadi cukup gelap. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari) (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)


Hari Qiamat

Hisab keatasnya menjadi sangat berat.
Allah SWT tersangat murka kepadanya.
Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Friday, April 2, 2010

Dilarang mengunjungi pesta-pesta hiburan.

Soalan..

-Adakah mengunjungi pesta hiburan seperti sure heboh, konsert nyanyian dan pesta keramaian yang lain itu salah disisi agama Islam?

Jawapan...

-Pada pendapat saya, ianya haram berdasarkan majlis pesta nyanyian yang dibuat di sebelah malamnya, ia mungkin kerana waktunya bermula sekitar jam 7 malam yang menyebabkan ramai yang menghadirinya tidak menunaikan solat Maghrib. Ia jelas tergolong dalam hadis sohih "Sempadan di antara seseorang itu Muslim dan (Syirik) Kafir adalah meninggalkan solat" (Muslim, Abu Daud)

Selain itu percampuran di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal menjadikan ia pencetus kepada maksiat dan perzinaan selepas konsert. Ini jelas dari firman Allah yang menyebut : "Dan janganlah kamu mendekati zina" (Al-Isra' : 32) ; demikian juga hadis : "daripada seseorang lelaki itu bersibuk-sibuk (berhampir-hampir atau bersebelah) dengan wanita yang bukan mahramnya, lebih eloklah ia bersibuk-sibuk dengan seekor Babi yang bergelumang kotor dengan tanah" (Riwayat At-Tabrani), terdapat satu lagi hadith nabi yang beerti : "Hindarilah diri kamu dari keluar masuk dalam majlis wanita" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Antaranya juga Nabi bersabda : " Mana-mana wanita yang membuka pakaiannya (auratnya) di tempat selian rumah suaminya, melainkan dia telah merempuh (melanggar) tabir dan batas yang ada antaranya dan Tuhannya" ( Riwayat Ahmad, Sohih : Albani, Ghayatul Maram, no 195). Banyak lagi hadis yang menerangkan adab lelaki dan wanita.

Tambahan dari itu, kehadiran di dalam majlis yang penuh maksiat itu akan membantu dan meingkatkan lagi semangat para ahli maksiat untuk menganjurkan lebih banyak program seperti ini. Ia dilarang menurut firman Allah : "dan janganlah kamu bantu membantu dalam perkara yang membawa dosa ..", demikian juga firman Allah : " Telah diturunkan kepada kamu al-Quran yang apabila kamu dapati ianya dipersendakan dan diengkari, maka janganlah kamu duduk dalam majlis itu sehinggalah mereka tidak lagi mempersendakan ayat Allah ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran ke majlis konsert itu sudah tentu bertentangan dengan larangan Allah di atas. Mungkin kerana sebab-sebab yang dinyatakan inilah, para Mufti memfatwakannya sebagai haram.

Adapun, hukum untuk seseorang menghadiri gerai-gerai yang disediakan bersama keluarga untuk membeli belah dan mendapatkan baranagan keperluan dengan harga murah. Ia tertakluk kepada : -

a) Niat lawatan anda ; Sekiranya niat anada benar-nbenar hanya untuk membeli belah dan membawa anak-anak berjalan tanpa melibatkan diri dari yang haram. Maka hukum menjadi harus.

b) Keterlibatan dalam sebarang aktiviti maksiat yang ada di karnival itu atau meninggalkan kewajiiban sebagai Muslim. Seperti menghadiri konsert dan meninggalkan solat lima waktu kerana leka ber'shopping' atau tidak menutup aurat semasa berjalan dan yang sepertinya. Sekiranya anda hanya pergi mendapatkan barangan atau informasi sebenar (tidak termasuk informasi berkaitan perkara yang jelas haram, seperti informasi gosip dan mengumpat di kalnagn para artis) yang diperlukan kemudian terus balik. Saya kira tiada masalah yang besar tatkala itu.


*Sumber rujukan dari Ustaz Zaharuddin.

Monday, March 8, 2010

Nabi Haramkan Cabut Bulu Yang Ada Di Muka.

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.

Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.

Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan. Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening. Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul- Mukminin, puteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah menjawab:"Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."

Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.

Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut. Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu- bulu di muka dengan alat pencabut. Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu- bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus. Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah. Tetapi jika sekadar tumbuhnya bulu diantara kedua kening sehingga tidak menjelikkan, tidaklah digalakkan untuk mencabut atau mencukurnya melainkan ianya sangat lebat.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri. Dalam Islam juga ada mengajarkan perkara tentang was-was. Jika kita was-was, maka eloklah kita tidak mencukur atau mencabutnya kerana kalau kita mendalami Sabda Rasulullah ini, kita sudah tahu jawapannya,"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."


Wallahu'alam.

Ganjaran wuduk serta niat.

RASULULLAH SAW bersaabda:"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya."(Hadis Riwayat Muslim)

Wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmatai Allah SWT. Insya-Allah, kita akan mendapat solat yang khusyuk dan diterima Allah SWT. Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dengan niat kerana ia bukan sahaja berguna di dunia malah di akhirat dengan keredhaan-Nya:

*Ketika berkumur;
-Berniatlah,"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini." Penjelasannya, setiap hari kita bercakap perkara tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan, semoga kita tidak lagi merperkatakan sesuatu yang tidak membawa kebaikan.

*Ketika membasuh muka;
-Berniatlah,"Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini." Penjelasannya, ahli syurga, wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.

*Ketika membasuh tangan kanan;
-Berniatlah,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini." Penjelasannya, ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.

*Ketika membasuh tangan kiri;
-Berniatlah,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini." Penjelasannya, ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.

*Ketika membasuh kepala;

-Berniatlah,"Ya Allah, lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy-Mu." Penjelasannya, panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

*Ketika membasuh telinga;
-Berniatlah,"Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini." Penjelasannya, setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.

*Ketika membasuh kaki kanan;
-Berniatlah,"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim." Penjelasannya, ahli syurga melintasi titian Siratul Mustaqim dengan pantas sekali.

*Ketika membasuh kaki kiri;
-Berniatlah,"Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat." Penjelasannya, qada' dan qadar kita ditangan Allah SWT.